Anugerah Abdul Aziz Zainal

Sebagai mengiktiraf pencapaian TYT, beliau telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah daripada Yang Dipertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja-Raja Negeri masing-masing. Terkenal untuk mempromosikan keselamatan dan kestabilan di rantau ini, beliau juga telah dianugerahkan Anugerah Seri Paduka Baginda Raja Thailand, Seri Paduka Baginda Raja Brunei dan Presiden Republik Filipina, Singapura dan Indonesia. Beliau juga dianugerahkan gelaran Doktor Kehormat dalam bidang Pengurusan daripada Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Tun Razak (UNITAR) dan anugerah Triple A daripada Institut Pengurusan Asia di Manila.